Saturday, December 29, 2012

Buat sahabat2 seperjuangan......

Allah temukan kita dalam keterbatasan waktu, iman bajanya takwa semaiannya, lalu ia tersulam kukuh di dasar hati menjadi detik tak terkata indahnya...Allah berjual beli dengan kita.. menjadi mata rantai perjuangan Nabi Muhammad SAW,meneladani srikandi... cerminan mawar sejati,agar kita bisa menjadi bidadari syurga, idaman para syuhada'..sunnah orang berjuang..tidak sunyi dari cubaan dugaan..bak hiasan hidup yang berwarna warni..angkatlah ia menjadi mahar yang akan kau cagarkan di hadapan Allah SWT penguasa sekalian alam...meski jarak & waktu bukan ukuran,hakikat tetap wujud..kau dengan duniamu..aku dengan duniaku...namun ku harap cuma satu..perjuangan Islam menjadi titik temu...jika tidak bertemu di dunia, syurga Allah kan jadi saksinya...pertemuan hati-hati sahabat yang saling mengasihi.. tidak lain hanya kerana menagih kasih Ilah buat bekalan agar tenang kala bertemu-Nya..Ya Allah, ku titipkan sahabat-sahabatku dalam jagaanMu...kerna kasihku pada mereka seperti aku kasihkan diriku.......


*ukhuwwah fillah abadan abada...

Sunday, January 1, 2012

Misteri tentang cinta...

Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih...

tiada salahnya menyintai seseorang kerana...

cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang

sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai,

anggaplah ia satu kesempatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu

dengan cara yang ikhlas dan jujur

janganlah mengambil kesempatan dan janganlah melukakan

bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu

dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan..

kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza

sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan...

tiba-tiba cinta memilih untuk pergi...

tiada siapa yang harus dipersalahkan

relakanlah cinta itu pergi kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi...

dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti

ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta

kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa

kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya...

apabila ia datang mengetuk pintu hatimu...

nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia..

cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri...

bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hatimu....