Thursday, November 10, 2011

Merancang Hidup untuk Mati

Hidup di dunia hanya sementara, hidup di akhirat adalah kehidupan sebenar yang kekal abadi. Sebelum kita melangkah ke kehidupan sebenar, kita mesti melalui alam barzakh iaitu kematian. Jadi, kita mahu meninggalkan dunia ini dalam keadaan yang bagaimana? Adakah kita pilih mati dalam HUSNUL KHOTIMAH @ SAIYI’UL KHOTIMAH?

Terdapat satu benda di dunia ini di mana umat manusia mahu membuatnya atau membelinya tetapi tidak mahu memakainya. Benda tersebut ialah KERANDA. Cuba kita renungkan si pembuat keranda tidak mahu memakainya. Begitu juga si pembelinya. Tanpa disedari apabila sudah dipanggil oleh Allah si pembuat dan pembeli itulah yang berada di dalam keranda tersebut. Adakah si pembuat keranda hanya mengaut keuntungan atau mengambil iktibar dari setiap kematian dihadapinya. Itulah keajaiban mati. Suatu perkara yang pasti dan hampir kepada kita, tetapi sangat mudah dan sering kita lupakan. Semua manusia akan mati.

Realiti sekarang, manusia memikirkan orang lain yang akan mati, bukan diri sendiri. Dapat kita lihat di sini, kebanyakkan manusia hanya mahu menjadi pembuat dan pembeli keranda tetapi tidak mahu memakainya.Perancangan untuk hidup itu perlu tetapi perancangan untuk mati itu lebih perlu. Kematian bukanlah satu pengakhiran bagi kita, tetapi merupakan permulaan bagi kehidupan selama-lamanya untuk kita.

Apakah persediaan kita yang lebih khusus untuk menghadapi hari Akhirat?

Rancanglah untuk mampu menjawab soalan di alam barzakh dan alam Mahsyar. Soalan-soalan ini telah menjadi soalan bocor tetapi tidak semua yang akan dapat menjawab soalan-soalan ini walaupun kita menghafal jawapan bagi setiap soalan tersebut.

Hidup di dunia merupakan dewan peperiksaan kita. Segala apa yang kita lakukan di dunia ini merupakan JAWAPAN untuk setiap soalan kita di alam barzakh dan alam Mahsyar kelak. Keputusan peperiksaan akhirat kita akan diketahui kelak. Rancanglah kehidupan dengan kesedaran bahawa kita adalah PEMAKAI KERANDA. Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment